Tujuan poll adalah untuk mengatahui secara kasar pola penggunaan telefon bimbit yang dijual di Malaysia
18 November, 2008
11 Januari, 2009
Nokia 5000

- Capture images and video with a 1.3 megapixel camera and admire your moments on a 2” QVGA display.
- Listen to your music or the radio while on the move with an integrated music player and FM radio.
- Record your favourites from FM radio (available in selected regions only)
- Share images, videos, and ringtones via Bluetooth or GPRS connections.
- Keep in contact with SMS, MMS, email, and Nokia Xpress Audio Messaging.
- Dual-band EGSM 900/1800
- Dual-band GSM 850/1900
- Volume: 54 cc
- Weight: 74 g (with battery)
- Length: 106 mm
- Width: 46 mm
- Thickness: 11 mm
- 65k color, 320×240 TFT pixels, 2” QVGA
- Series 40 user interface
- Email supports POP3, IMAP4 and SMTP protocols
- Instant Messaging and Presence Services (IMPS 1.2)
- SMS text messages
- MMS messaging with pictures up to 300 KB
- Nokia Xpress Audio Messaging: record your own voice message and send it to compatible devices
- Music player (supports MP3, AAC, WAV, ARM, MIDI formats)
- FM radio with recording capability (recording only available in selected countries)
- Support for MP3, AAC and 24 polyphonic ringtones
- Nokia Catalogs and Download! applications for more downloadable content
- Mobile themes 3.0a application including wallpapers and full-size animated screensavers
- 1.3 megapixel camera with dedicated camera key and full screen view finder
- Photo frame collection
- Take pictures in landscape mode
- Video capture & play back
- Bluetooth 2.0
- Up to 12 MB user memory
- WAP 2.0 xHTML Internet browser over TCP/IP
- Opera Mini 4 Internet Browser
- Dynamo Easy Flash II connector
- Secure content download with Open Mobile Alliance Digital Rights Management technology (OMA DRM 1.0)
- GPRS Class B, Multi-slot class 10
- EGPRS multislot class 6 (support downlink only)
- DARP (Downlink Advanced Receiver Performance) for enhanced network efficiency
Please note that these services require network support
- Large phonebook holding space for 1000 contacts
- Converter II
- Advanced calculator (JavaTM-based)
- Power organizer with local calendar (improved access to Chinese Lunar Calendar)
- Image call to show caller ID
- Compatible PC synchronization for contacts, calendar and images
- English-Chinese dictionary (in selected markets only)
Tips dari Dr. Irfan Khairi
4 Cara membuang tabiat “buang masa”
============================================
Pepatah mengatakan “Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya”. Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
seharinya.
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
“procrastination” adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:
“Matlamat dikecilkan”
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan
“Tingkatkan kekuatan tenaga”
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.
Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
“Suara positif”
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.
Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.
Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!
Mereka yang optimis akan…
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu masalah.
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
“Prinsip 80-20″
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam…
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
Kemudian, berhenti! Ya… berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!
21 Disember, 2008
Tips dari Dr. Irfan Khairi
Bagaimana hendak tahu passion/minat kita?
=========================================
Selalu saya sebut bahawa kita patut buat apa yang kita suka… apa
yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru
ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:
“84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the
people hate their jobs!”
Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada
betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka
tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat
untuk cuti
Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini,
bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?
So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is
your true passion!
* Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda,
apakah kerja nya?
* Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak
sedar masa berlalu?
* Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak
menerima bayaran?
* Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
* Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang
terbaik?
* Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda
minat, siapakah dia nya?
* Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan
dan susah untuk orang lain?
(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)
So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah
anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah
passion anda?
“Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka
yang hate their jobs!”
8 Disember, 2008
Tips dari Irfan Khairi
Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita
tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah
procrastinate- “the Silent Killer” Atau melewatkan-lewatkan masa
kerja.
Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna
yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari
email saya, atau dari buku, atau dari majalah… adakah anda terus
lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh
membantu anda mencapai kejayaan)
Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:
*******
Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan
menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku
seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti
dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya
anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.
Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya
dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang
berkenaan bidang masing-masing? Semuanya bermula dengan hanya
membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda
dalam masa 3 tahun dari sekarang!
*******
Nota tersebut saya tulis lebih 700 hari lepas. Sekiranya anda
mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 700 hari membaca buku
sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata
bermakna anda telah membaca 100 buah buku berkaitan dengan bidang
anda.
Berapa ramai agaknya yang telah membaca 100 buah buku sejak 2 tahun
lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 100 buah buku sejak 2
tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.
Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 100
buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada
menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah
buku. Bererti, by now anda telah mencapai sasaran 100 buku tersebut.
Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak
melakukannya, jauh lagi perjalanan… 100 buku lagi!
Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika
buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah
berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah
mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana
sekurang-kurangnya RM2,000-RM3,000 extra income online secara part
time melalui perniagaan Internet (side income)? Saya rasa tidak.
Dan adakah extra income RM3,000-RM4,000 akan membantu dalam keadaan
ekonomi kini? Sudah pastinya.
Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar
motivasi Anthony Robbins menggelarkannya “the silent killer”.
Fikir sejenak. 3 tahun lepas… 2 tahun lepas… 1 tahun lepas… atau
tahun ini.
Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah
kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan
“the silent killer” ini dan tidak melakukan apa-apa?
Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10
tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus
melewat-lewatkan kerja dimana kita sendiri tahu ia adalah untuk
kebaikan diri kita sendiri.
Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan
perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda
pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula
menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba
sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time
lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah
memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti
luar negara? atau hendak buat ‘surprise’ pada orang yang tersayang?
atau apa sahaja… (tak semestinya berkaitan dengan wang je)
Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan
3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan
datang. Think about it
7 Disember, 2008
Nokia E71
Pihak Nokia telah melancarkan model ini yang merupakan telefon pintar dengan papan QWERTY penuh dan memperkenal ekses sekali sentuh untuk e-mail. Bagi pengguna Microsoft Exchange di tempat kerja mereka boleh mengekses email menerusi klien e-mail Exchange untuk mobil yang didatangkan sekali pada model ini. Pengguna boleh melihat kalender, kontak dan pautan pada fail Word, Excel, Power Point begitu juga fail PDF. Penyelesaian e-mail wayarless pintar Nokia juga membolehkan akaun e-mail lain diakses seperti Yahoo!, Gmail dan Hotmail, yang mana terdapat butang khas bagi memudahkan pengguna bertukar antara mod skrin kerja dan mod peribadi. Selain itu , E 71 turut dilengkapi GPS, wayarless LAN, 3G dan enksripsi data untuk memori terbina dan kad memori bagi melindungi data-data penting daripada dicerobohi.
Features,power and memory
size
- Form: Monoblock with full keyboard
- Dimensions: 114 x 57 x 10 mm
- Weight: 127 g
- Volume: 66 cc
- Full keyboard
- High quality QVGA display
Display and 3D
- Size: 2.36″
- Resolution: 320 x 240 pixels (QVGA)
- Up to 16 million colors
- TFT active matrix (QVGA)
- Two customisable home screen modes
- Easy email set-up
- Support for Active Sync for Microsoft Exchange via Mail for Exchange
- Supported protocols: IMAP4, Microsoft ActiveSync, POP3, SMTP
- Support for email attachments
- IMAP IDLE support
- Support for Nokia Intellisync Wireless Email
- Integrated Nokia Mobile VPN
Keys and input methods
- Full keyboard
- Dedicated one-touch keys: Home, calendar, contacts, and email
- Speaker dependent and speaker independent voice dialling
- Intelligent input with auto-completion, auto-correction, auto-punctuation, and learning capability
- Accelerated scrolling with NaviTMKey
- Notification light in NaviTMKey
Colors and covers
- Available in-box colours:
- Grey steel
- White steel
Connectors
- Micro-USB connector, full-speed
- 2.5 mm Nokia AV connector
Power
- BP-4L 1500 mAh Li-Po standard battery
- Talk time:
- GSM up to 10 h 30 min
- WCDMA up to 4 h 30 min - Standby time:
- GSM up to 17 days
- WCDMA up to 20 days
- WLAN idle up to 166 hours - Music playback time (maximum): 18 h
Memory
- microSD memory card slot, hot swappable, max. 8 GB
- Approximately 110 MB internal dynamic memory
Operating frequency
- E71-1 Quad-band EGSM 850/900/1800/1900, WCDMA 900/2100 HSDPA
- E71-2 Quad-band EGSM 850/900/1800/1900, WCDMA 850/1900 HSDPA
- E71-3 Quad-band EGSM 850/900/1800/1900, WCDMA 850/2100 HSDPA
- Offline mode
Data network
- CSD
- HSCSD
- GPRS class A, multislot class 32, maximum speed 100/60 kbps (DL/UL)
- EDGE class A, multislot class 32, maximum speed 296/177.6 kbps (DL/UL)
- WCDMA 900/2100 or 850/1900 or 850/2100, maximum speed 384/384 kbps (DL/UL)
- HSDPA class 6, maximum speed 3.6 Mbps/384 kbps (DL/UL)
- WLAN IEEE 802.11b/g
- WLAN Security: WEP, 802.1X, WPA, WPA2
- TCP/IP support
- Nokia PC Internet Access (capability to serve as a data modem)
- IETF SIP and 3GPP
Local connectivity and synchronization
- Infrared, maximum speed 115 kbps
- Bluetooth version 2.0 with Enhanced Data Rate
- Bluetooth profiles: DUN, OPP, FTP, HFP, GOEP, HSP, BIP, RSAP, GAVDP, AVRCP, A2DP - MTP (Multimedia Transfer Protocol) support
- Bluetooth (Bluetooth Serial Port Profile. BT SPP)
- Infrared
- File
- Network (Raw). Direct TCP/IP socket connection to any specified port (a.k.a HP JetDirectTM).
- Network (LPR). Line Printer Daemon protocol (RFC1179).
- Support for local and remote SyncML synchronization, iSync, Intellisync, ActiveSync
Call features
- Integrated handsfree speakerphone
- Automatic answer with headset or car kit
- Any key answer
- Call waiting, call hold, call divert
- Call timer
- Logging of dialed, received and missed calls
- Automatic redial and fallback
- Speed dialing
- Speaker dependent and speaker independent voice dialing (SDND, SIND)
- Fixed dialing number support
- Vibrating alert (internal)
- Side volume keys
- Mute key
- Contacts with images
- Conference calling
- Push to talk
- VoIP
Messaging
- SMS
- Multiple SMS deletion
- Text-to-speech message reader
- MMS
- Distribution lists for messaging
- Instant messaging with Presence-enhanced contacts
- Cell broadcast
Security features
- Device lock
- Remote lock
- Data encryption for both phone memory and microSD card
- Mobile VPN
Web browsing
- Supported markup languages: HTML, XHTML, MP, WML, CSS
- Supported protocols: HTTP, WAP 2.0
- TCP/IP support
- Nokia browser
- JavaScript version 1.3 and 1.5
- Mini Map - Nokia Mobile Search
- Nokia PC Internet Access (capability to serve as a data modem)
GPS and navigation
- Integrated A-GPS
- Nokia Maps application
- 3.2 megapixel camera (2048 x 1536 pixels)
- Autofocus
- LED flash
- Image formats: JPEG/EXIF
- CMOS sensor
- 4 x digital zoom
- Focal length: 3.8 mm
- Focus range: 10 cm to infinity
- Macro focus: 10-60 cm
- Flash modes: Automatic, On, Red-eye, Off
- Flash operating range: 1 m
- White balance modes: automatic, sunny, incandescent, fluorescent
- Centre weighted auto exposure; exposure compensation: +2 ~ -2EV at 0.7 step
- Capture modes: still, sequence, self-timer, video
- Scene modes: auto, user defined, close-up, portrait, landscape, night, night portrait
- Colour tone modes: normal, sepia, black & white, negative
- Full-screen viewfinder with grid
- Active toolbar
- Share photos with Share on Ovi
Video
- Main camera
- 640 x 480 at 22 fps
- 320 x 240 (QVGA) at 30/15 fps
- 176 x 144 at 15 fps (QCIF)
- Digital video zoom
- Front camera
- Video recording at up to 128 x 96 pixels (QCIF) and up to 15 fps
- Up to 2x digital video zoom - Video recording file formats: .mp4, .3gp; codecs: H.263, MPEG-4 VSP
- Audio recording formats: AMR
- Video white balance modes: automatic, sunny, incandescent, fluorescent
- Scene modes: automatic, night
- Colour tone modes: normal, sepia, black & white, negative
- Clip length (maximum): 1 h
- RealPlayer
- Video playback file formats: .mp4, .3gp; codecs: H.263, H.264 ,Real Video and MPEG-4
- Video streaming: .3gp, .rm, mp4
- Customisable video ring tones
Music and audio playback
- Music player
- Media player
- Nokia Music Manager
- Nokia Music Store support
- Music playback file formats: .mp3, .wma, .aac, AAC+, eAAC+
- Audio streaming formats: .rm, .eAAC+
- FM radio 87.5-108 MHz
- Visual Radio support. Read more: www.visualradio.com
- 2.5 mm Nokia AV connector
- Nokia Podcasting support
- Customizable ring tones
- Synchronize music with Windows Media Player
- NaviTM wheel support
- Voice Aid
Voice and audio recording
- Voice commands
- Speaker dependent and speaker independent voice dialling (SDND, SIND)
- Voice recorder
- Audio recording formats: AMR-WB, AMR-NB
- Speech codecs: FR, EFR, HRO/1, AMR-HR, and AMR-FR
- Text-to-speech
Personalization: profiles, themes, ring tones
- Customizable home screen content in Business and Personal modes
- Customizable profiles
- Customizable ring tones
- Customisable video ring tones
- Support for talking ring tones
- Customizable themes
Sekiranya anda ingin mengatahui harga yang ditawarkan sila tinggal pesanan anda…. email/no mobile
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya korban. Semoga kita sama-sama menghayati erti” korban” dalam erti kata yang sebenarnya….
30 November, 2008
Sony Ericsson F305
Sony ericsson kini cuba menghidupkan permainan mobil F305 dengan menyediakan permainan Bowling, Bass Fishing dan Jockey yang didatangkan bersama telefon model ini. Pengguna boleh memuat turun lebih banyak permainan 2D dan 3D daripada Gameloft di PlayNow. Bagi memberi lebih aksi permainan , paparan boleh diubah secara mendatar dan telefon juga boleh mengesan pergerakan anda sama ada menghayun tangan atau menggerakkan jari dan lihat permainan anda dikawal diskrin. Ini merupakan tarikan utama untuk anda memilih F305. Akan tetapi kekurangan nya terasa apabila skrin yang cuma 2.0′ dan sekiranya ia lebih besar akan memberi pengalaman yang bebeza untuk bermain permainan mobil ini. Dengan mempunyai speaker stereo kiri dan kanan mampu memberikan anda pengalaman permainan seakan berada dalam situasi sebenar yang realiti.
Harga!! sila tinggalkan komen anda :
Specs:
- 96.0 x 47.0 x 14.6 mm
- 3.8 x 1.9 x 0.6 inches
- 97.5 g
- 3.4 oz
- 176×220 pixels
- 262,144-colour TFT
- Memory Stick Micro™ (M2™) support (up to 4 GB)
- Phone memory 10MB*
Actual free memory may vary due to phone pre-configuration
- GSM 850
- GSM 900
- GSM 1800
- GSM 1900
- EDGE
| Talk time (up to) |
Standby time (up to) |
Video call (up to) |
|
|---|---|---|---|
|
|
|
|
Music
Internet
Entertainment
Connectivity
Communication
27 November, 2008
Tips Perniagaan dari Irfan Khairi
Dalam dunia perniagaan sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam
perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya
dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami
kegagalan.
Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda
menjauhinya!
1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan
yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari
sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.
Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan
motivasi untuk berkembang.
2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan
pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam
buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!
3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali
sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu
mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan
untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada
keuntungan!
4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.
Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu
panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu
singkat.
5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada
pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan
prioriti adalah memberi fokus kepada 80% usaha perniagaan yang hanya
memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang
tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya
tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang
memberi keuntungan 80%.
6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.
Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan
mengurangkan motivasi anda.
7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu
perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding
dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih
pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda
dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.
8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan
perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.
Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,
tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya
menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.
9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan
pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat
berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan
perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.
10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan
anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana
caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi
perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).
Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah
mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.
11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi
perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu
banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.
Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu
mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko
yang telah diselidik.
12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman
menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah
menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan
pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.
13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.
Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos
elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan
sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.
Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,
keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat
keuntungan.
14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan
pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.
Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.
Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.
15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan
susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,
diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan
tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar
anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling
baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda
mempelajari dari kesilapan.
16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa
mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan
pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan
anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi
kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan
perniagaan anda.
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,
ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.
Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki
perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,
gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh
kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!
16 November, 2008
Cara Mengelak Ancaman Crimeware
Adakah anda pengguna internet banking…. awas kegiatan “phising” sedang berleluasa akhir-akhir ini , dalam email saya saban hari adanya email dari “bank” yang begitu meyakinkan meminta saya mengemaskini maklumat saya melalui link dari email tersebut. Ingat ia merupakan taktik yang ingin memperdaya anda sebagai pengguna internet banking
Pada hakikatnya penipuan oleh penjenayah siber ini kadang-kala mirip penipuan dalam dunia nyata kita seharian. Contoh situasi sebegini : ketika anda sedang berdiri di jalanan dan ada orang asing berpakaian kemas menemui anda , dan memberikan kad perniagaan dan mengatakan bahawa dia merupakan pekerja bank dan meminta anda memberikan kad kredit dan PIN untuk membuat pemeriksaan keselamatan. Adakah anda akur? Tentu sekali tidak kan! Jangan bertindak terus mempercayai mesej yang diterima melalui email secara terburu-buru.
Berdasarkan helah yang dijelaskan di atas , anda perlu berwaspada . Imbas semua email yang diterima dengan perisian antivirus yang berkesan dan terkini untuk mengatahui penghantarnya. Jangan muat turun program dari tapak web berisiko dan pastikan program yang dimuat turun disahkan selamat. Teliti gejala luar biasa dalam PC – saiz fail meningkat , amaran luar biasa daripada windows , email dari sumber yang tidak kenali atau bahasa yang berbeza dan sebagainya.
Antara langkah yang boleh mengelak dari menjadi mangsa perisian jahat melalui 4 langkah berikut:
1. Peralatan
Salah satu cara terbaik melindungi diri daripada crimeware dengan memasang rumusan keselamatan dengan ciri-ciri berikut: antaranya , ia boleh dikemaskini setiap hari, menyediakan sokongan teknikal, khidmat pelanggan dan sebagainya. Anda juga boleh menyediakan semua teknologoi perlindungan yang diperlukan seperti : antivirus, anti-spyware, firewall dan teknologi proaktif bagi mengesan malware yang tidak dikenali menerusi analisis sifatnya.
2. Penampal
Muat turun dan gunakan penampal (patches) keselamatan untuk menangani kelemahan aplikasi yang anda pasang. Penampal ini disediakan di tapak web setiap pembangunan perisian terutamanya sistem operasi (OS).
3. Maklumat
Seperti bidang lain , maklumat adalah satu sumber pertahanan penting. Oleh itu sentiasa prihatin dengan berita terkini berkaitan crimeware dengan mengunjungi laman web maklumat keselamatan yang boleh dipercayai.
4. Logikal akal
Gunakan logik akal bagi melindungi diri daripada crimeware . Contohnya jika menerima email yang datang dari bank anda berdasarkan kepada alamat pengirimnya sila abaikan. Ini kerana alamat pengirim itu mungkin palsu. Kadangkala mereka menggunakan logo bank untuk memperdaya anda , logo itu mudah diperolehi dari internet atau disalin menggunakan perisian reka bentuk grafik. Hubungi pihak bank untuk kepastian selalunya pihak bank akan menggunakan cara yang rasmi seperti surat untuk urusan tertentu dengan para pelanggan mereka.
Sumber diperolehi dari Majalah PC


